Wednesday, July 9, 2008
cita-cita ku !
hello semua !

mahu tahu apa cita-cita saya ?
cita-cita saya ialah saya mahu menjadi seorang pemain bola yang terkenal .
saya mahu menjadi orang yang terkenal satu dunia ini .
saya mahu menjadi sebagai Fandi Ahmad .
dia ialah seorang pemain bola yang terkenal dan bagus .
saya mahu menjadi seorang pemain bola terkenal kerana saya mahu bermain untuk negeri saya .
bukan sahaja saya mahu menjadi pemain bola , saya pun mahu menjadi pesilat .
saya harus berlatih bersungguh-sungguh dan tidak harus putus-asa untuk mencapai cita-cita saya .
saya berharap , cita-cita saya itu tercapai .

salam manis ,
aziz=)

Friday, July 4, 2008
permainan kegemaran ku;)
hello semua yang sedang membaca blog saya !

permainan kegemaran saya ialah game "PSP" dan "PS2" .
saya suka bermain game itu .
tetapi saya tidak boleh bermainnya selalu kerana saya harus belajar lebih .
saya suka bermain disk bola .
bermain game ini semua sangat seronok .
setiap hari Sabtu dan Ahad , saya akan bermainnya .


sampai di sini sahaja ya :)

daripada ,
Aziz :)

Thursday, July 3, 2008
lagu kegemaran ku:)
hai semua yang membaca blog ini !
hendak tahu apa lagu kegemaran saya ?
lagu kegemaran saya ialah "with you" yang dinyanyi oleh Chris Brown .
bukan lagu itu sahaja .
saya pun suka lagu "kasih mengapa" , "no air" , "your love is blind dan banyak lagi .
lagu "kasih mengapa" dinyanyi oleh Rauzan, Urban Sensation dan Rozie .
lagu "no air" pula dinyanyi oleh Chris Brown dan Jordin Spark .
saya suka mendengar lagu ini semua .


sampai di sini sahaja ya:D

subjek kegemaran ku .
hello hello hello semua !

subjek kegemaran saya ialah inggeris & bahasa melayu .
saya suka subjek inggeris kerana ia tidak begitu susah .
saya tahu yang saya tidak dapat markah tinggi untuk inggeris , saya tetap suka subjek itu .
subjek melayu ialah subjek yang saya teramat suka kerana ia tidak begitu senang atau susah .
saya mendapat B untuk melayu .
saya akan mencuba sedaya-upaya saya untuk mendapatkan A atau A* .


sampai di sini sahaja:D

Wednesday, July 2, 2008
artis kegemaran ku .
hello semua !


artis kegemaran saya ialah Taufiq Batisah .
saya memilih dia sebagai artis kegemaran saya kerana suaranya merdu dan dia kacak .
suara dan gayanya menarik perhatian orang .
saya sangat suka mendengar suaranya yang merdu .
Taufiq Batisah adalah artis yang saya suka .

sampai dini sini sahaja :D


rancangan kegemaran saya;)
rancangan inggeris kegemaran saya ialah "The Incredible Tales"dan "The Showdown ."
kalau rancangan melayu , saya suka cerita "Yazid pakai lampin" dan banyak lagi .
rancangan-rancangan yang saya telah pilih ini , sangat seronok dan kelakar .
tetapi , cerita "The Incredible Tales" tidak kelakar tetapi seram .
walaupun seram , saya masih suka rancangan itu .

sampai di sini sahaja:D

Sunday, June 29, 2008
air kegemaran saya .
air kegemaran saya ialah F&N , coke , pepsi dan bermacam-macam lagi .
air ini semua sedap dan manis juga .
saya dilarang meminum air ini sangat kerana ia manis da tidak bagus untuk saya .
bukan air ini sahaja air yang saya gemar , tetapi saya juga gemar air buah-buahan .
seperti jus mangga , jus epal dan jus oren .
air ini sehat untuk saya .
air seperti ini tidak mengandungi gula .
ia bagus untuk saya .

sampai di sini sahaja:D

Diri tentang budak ini
saya dinamakan Abdul Aziz . diperangkap di Sekola Rendah Dazhong . berumur 12 tahun .


apa saya mahu ?
hmmm . saya mahu beg yang baru . jam yang baru dan baju yang baru .

laguku!

links
here
impian ku !
mahu menjadi seorang pemain bola yang terkenal dan menjadi pesilat !


yang lalu!
kenangan terindah

June 2008
July 2008
credits
terima kasih!

Designer: OriginalSweets
Codings: inkSPLASH
Software: Adobe Photoshop